Terima Kasih...

Hidup Mulia... Mati Syahid...

Dari kalam Ust Suhaib Ar-Rumy
Presiden ISMA-Mesir
..........................................................................
Bagi seseorang yang benar-benar ingin mencapai sesuatu yang besar, nescaya dia pasti akan menjelmakan cita-citanya itu dalam kehidupan seharian. Masa dan waktu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa di isi dengan perkara bermanfaat. Setiap pergerakan dan nafas yang keluar masuk dari tubuh dipastikan bagi menggapai tujuan tertinggi. Jadi kita sebagai barisan mahasiswa yang juga pendakwah hendaklah serius dalam memikirkan agenda kita adalah besar dan agung.
Kita bukan hanya mahu pulang menggalas ijazah atau lain-lain sijil akademik semata-mata. Bukan jua hanya membataskan kemahiran kepada pengurusan organisasi dan pengendalian mesyuarat. Tidak juga sekadar berputar di sekitar usrah, qiamullail dan kem-kem motivasi. Kita mesti letakkan sesuatu yang besar dalam jadual rutin harian kita. Usah kita jadi seperti manusia kebanyakan yang mengulangi putaran yang sama setiap hari. Akhirnya tiba masanya untuk berpindah ke dalam liang lahad. Dirinya sendiri tidak menyedari perjalanan hidup yang cukup singkat.
Seorang tabiin pernah menyatakan “Hammuka ala qadari ma ahammak” yang bermaskud “Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan”. Ini bererti jika seseorang itu sibuk dengan membincangkan sesuatu yang tidak berfaedah, maka tahap seriusnya dalam hidup ini juga seperti itu. Saya melihat ramai di kalangan kita kurang mahir menyusun jadual waktu dan menentukan awlawiyat dalam pengurusan. Kadangkala kita meletakkan urusan yang sepatutnya dianggap penting di tempat nombor 2 ataupun seterusnya. Begitu juga sebaliknya. Kita menjadikan perdebatan tentang sesuatu yang tidak penting sebagai salah satu kesibukan yang utama. Akibatnya, banyak masa kita terbuang begitu sahaja. Peribadi diri dan pembangunan syakhsiah tidak diberikan penekanan. Skil-skil major sebagai seorang mahasiswa seperti bakat kepimpinan, pengurusan ogranisasi, perhubungan sentara, berhujah secara ilmiah tidak dikuasai. Isu penguasaan bidang takhasus juga menjadi satu persoalan besar kepada kita semua. Adakah kita benar-benar menguasai ilmu yang kita pelajari atau ia sekadar tiket dalam peperiksaan bagi mandapatkan segulung ijazah? Sebagai graduan Azhari dan jua Timur Tengah, kita seharusnya memastikan diri kita bersedia untuk bersaing dengan lulusan graduan daripada universiti tempatan maupun lepasan universiti luar negara yang lain. Sejauh manakah kita mampu menongkah arus materialistik masyarakat di tanah air nanti.
Sekirannya kita jelas dan terang apakah kesibukkan yang seharusnya kita libatkan dan korbankan diri dan masa, sudah tentu tidak ada bagi kita ruang-ruang kecil untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Ada manusia akan sibuk mengulas dan bercakap-cakap tentang kerja orang. Mereka boleh kita ibaratkan sebagai penonton kepada perlawanan bola sepak. Mereka akan terus bertutur dan mengkritik. Usah dipedulikan dengan semua itu kerana kita lah pemain dalam padang dan gelanggang. Kita lebih mengetahui taktik dan cara kerja kita. Ada juga manusia yang sanggup menghabiskan masa menjadi golongan “Nammam” iaitu istilah peribahasnya batu api. Kerjanya bangun pagi dan update blog supaya manusia ini berpecah belah dan meruntuhkan kasih sayang antara satu sama lain. Mereka menyatakan ini adalah blog peribadi dan hak mereka untuk tulis apa sahaja. Saya mahu katakan pada mereka; Tulislah dan publish semahunya, tapi setiap kita ada buku catatan masing-masing. Jika anda rasa itu usaha anda bagi menggapai redha Allah swt, teruskan hingga ke akhir hayat anda. Tapi awas, jika hati kecil ada membisikkan tentang ragunnya tentang kerja itu, elok benar anda hentikan sebelum Izrail menjengah tiba.
Agenda peningkatan diri dan ilmu itu yang perlu kita jadikan dalam tempoh masa di perantauan ini. Perkara-perkara riuh dan gempak itu kadangkala mampu mengalihkan pandangan kita daripada mencapai objektif dan sasaran yang telah kita gariskan. Jika ada ribut dan taufan, kita umpamakannya seperti ribut dalam secawan kopi. Hanya satu putaran sementara bagi melarutkan sesuatu di dalamnya!
"Lagu ini dimulakan dengan sebuah narration yang sangat menyentuh hati, menceritakan tentang tingginya kecintaan dan kerinduan umat Nabi Muhammad setelah pemergian baginda. Dengan diiringi permainan piano yang cemerlang, ditambah dengan isi narration yang sangat puitis, saya begitu tersentuh. Saya harus berterus terang untuk menyatakan bahawa hidung saya sudah mula ngilu apabila mendengar narration ini. Apabila narration tamat, intro lagu ini menggunakan permainan piano dengan melodi yang sama menunjukkan seolah-olah narration tadi adalah sebahagian daripada lagu ini. Ditambah dengan bunyi bass yang kena pada butir lirik yang disampaikan, begitu menyentap jiwa. Saya hampir tewas dengan emosi sendiri apabila mendengar lagu ini hingga ke hujungnya. Satu garapan muzik, lirik, dan nyanyian yang cemerlang daripada inteam yang begitu menyentuh hati. Maafkan jika saya agak emosional dalam ulasan untuk lagu ini tetapi saya perlu terangkan bahawa pertama kali saya mendengar lagu ini adalah pada waktu awal pagi, 1 pagi dalam suasana sunyi – keadaan yang cukup sesuai untuk mendengar dan menghayati lagu seperti ini."dan inilah komen dipetik dari sebuah laman.






Pelajaran dari bola jumaat.
Pagi tadi ketika saya bermain bola, setelah penat bermain di kawasan tengah, saya menawarkan diri untuk menjadi penjaga gawang. Ketika itu saya berfikit.
Kedua-dua tim mempunyai kehebatan yang sama. Kekurangan juga hampir setaraf. Tapi apa sebabnya permainan kali ini banyak dikuasai oleh pihak lawan?
hurm...
Setiap kekuatan dan kelemahan perlu diuruskan dengan baik. Kekuatan setiap individu perlulah di kerahkan semaksima mungkin. Tentu sahaja mengikut kepakaran masing-masing. Dan bagi kelemahan perlu juga untuk diatasi dan diuruskan dengan baik. Berikan sedikit masa. Sedikit demi sedikit belajar. Boleh sahaja jadi pemain hebat. Ya! Tidak tentu ahli yang hebat mempu membentuk tim yang hebat. Perlunya kerjasama dan interaksi. Baru lahir keserasian. Justeru, permainan barulah menjadi lebih menyeronokkan.



Mungkin ada sebilangan sahabat yang tertanya-tanya, apakah pendirian ISMA terhadap PAS dan UMNO? Adakah di Malaysia nanti ISMA akan membantu PAS atau pun UMNO?
Terima kasih kerana bertanya. Maaf lambat respon sebab masalah kesihatan.
Biar saya bereterus terang.
ISMA menganggap politik sebahagian dari Islam, menegakkan kerjaan /pemerintahan Islam adalah satu kefarduan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan. Tiga level;
ISMA tidak pisah politik dengan dakwah, tetapi dakwah ada marhalah, setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling jatuh menjatuh antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.
Pada pandangan kami, masa ini masyarakat belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat laksanakan Islam seperti sepatutnya.
Satu perkara lagi, pada perhitungan kami, dalam konteks percaturan politik Malysia yang terdiri dari berbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita sentiasa memastikan bahawa kuasa mesti dipastikan sentiasa berada di tangan orang Islam samada adil atau fasiq. dan mesti memastikan komposisi muslim dalam parlimen sentiasa dominan.
Oleh itu sifir kami berbeza, kami tidak lihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan PR tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.
Untuk menegakkan Islam perlukan kekuatan. kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Sebab itu bagi kami perpadun umat islam/melayu adalah pra syarat ke arah itu. Jangan harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.
Oleh itu harap anda faham bahawa kami tidak menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi kami fikir perlaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.
Saya harap, jika ada tidak jelas mana-mana point boleh sambung perbincangan.
Maaf saya banyak buat shot cut dalam penjelasan ini.
© Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP