Obor Buat Ummat...

"Saudara, andai kau tangisi kematianku.. dan kau sirami pusaraku dengan air mata... Maka diatas tulang-tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat ummat ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya..." -Syed Qutb

Tuesday, July 14, 2009

PMPI'09:Togetherness forever and ever~memories!


PMPI'09:Togetherness forever and ever~memories!

Bismillahirrahmanirrahim.

Panjatkan kesyukuran kepada rabbul izzati. Nikmat islam dan iman. Juga nikmat persaudaraan sesama muslim dilimpah-limpahkan kepada hambanya. Tinggal untuk bersyukur sahaja.

Akhi,

Dalam banyak-banyak jaulah yang saya ikuti, jaulah imani adalah yang saya tunggu-tunggu. Dan, Perkhemaham Musim Panas Isma 2009 (PMPI 09) adalah jaulah, rehlah, dan mukhaiyam yang amat saya nanti-nantikan. Sejak dari Malaysia lagi (sebelum saya menerima tawaran ke Mesir).

Kenapa Jaulah Imani?

Sebelum itu biar saya terangkan serba-sedikit. Jaulah imani ialah jaulah yang tidak memfokuskan kepada satu-satu sudut sahaja. Cth: Jasadi, Thaqafi, atau Aqli semata-mata. Bahkan menggabungkan ketiga-tiga elemen penting ini untuk melahirkan satu individu yang betul-betul qowi dalam dan luar. Tubuh badan yang kuat, jiwa ruhi yang mantap. Ya, bina tentera Salahuddin, Al-fateh, dll… Erm.. Palestin siapa yang nak bebaskan?

-Saya tak suka jalan-jalan untuk bergambar.

Akhi,

Bukan Matruh tempat untuk menyucikan diri dari dosa-dosa. Bukan Iskandariah.. Sharm El-Sheikh, Ein Sokhna… apalagi kaherah. Tiada pun satu tempat di bumi ini yang menyucikan akhi. Tetapi hanya amalan sahaja yang menyucikan akhi. Berenang di Pantai Abyadh hanya menyucikan kaki dari debu dan daki. Tetapi berukhuwwah dengan akhi harapnya dapat menyucikan persaudaraan kita dari sebarang karat-karat jahiliyyah. Kerana ikatan kita adalah ikatan aqidah. Tiada kenal rast, warna kulit, keturunan.. apalagi harta dan pangkat. Tautan ini lahir dari hati yang jernih dan bersih. Bertaut dan bersemi dalam mencari redha ilahi. Justeru bekerjasama dalam menegakkan kalimah La Ilaha Illa allah… Dakwah itu suci.

Akhi,

Ukhuwwah bukan untuk di perdebatkan. Dibincang panjang lebar. Malah menuju khilaf-khilaf. Tetapi Ukhuwwah yang sebenar wajib dipraktikkan. (Islam tidak tertegak dengan kata-kata). Cukup sahaja berlapang dada? Bila boleh bicara dalam ketelusan? Bila boleh mempraktikkan ithar?

-Terima kasih, akhi, untuk piala ukhuwwah ini. Ukhuwwah kita memang best. Semoga tergolong dalam naungan Allah~

Akhi,

Boleh jadi perkara besar yang kita lakukan menjadi kecil di sisi Allah. Boleh terjadi juga perkara kecil yang kita lakukan dipandang besar di sisi Allah. Semoga usaha kerdil saya untuk mengenali akhi diletakkan pada mizan hasanah di akhirat nanti.

Nota kaki:

Kulit berubah jadi hitam. Tapi harap hati menjadi kembali putih.

5 Tips untuk bercakap/menulis:


1. Membaca

2. Membaca

3. Membaca

4. Membaca

5. Menulis/berucap

Menulis tanpa membaca, atau bercakap tanpa membaca umpama siulan orang tuli. Hanya dia sahaja yang mengatakan siulan dia merdu. Ingat ya! Jangan Syok sendiri~ Sekian


Sedikit buah tangan...

Untukmu Syuhada
Kehidupan bagaikan roda
beribu zaman terus berputar
namun satu tak akan pudar
cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
berpisah bukan akhir segalanya
lepas jiwa terbang mengangkasa
cita kita tetap satu jua
cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti...

0 comments:

About This Blog

Alhamdulillah~ Sesuai dengan musim panas yang baru menjelma, hembusan satu nafas baru untuk kembali bersemangat mengharungi musim ini. Melawan terik mentari dan tebal habuk debu. Mencari permata di celah-celah jahiliyyah. Terimalah! Najnu Qawmun 'Amaliyyun.. Kami mahu beramal..

Blog Archive

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP